Nadi Mahir Foto Minggu Keenam– Jenis-Jenis Fotografi

28 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 27 OGOS 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Pada minggu ketujuh Kursus NADI Mahir Foto (Intake 4) peserta telah mengikuti pembelajaran yang disampaikan oleh Puan Azfarina Sulaiman berkaitan genre dan jenis-jenis fotografi. Peserta diperkenalkan kepada pelbagai genre seperti fotografi potret, fesyen, landskap, seni bina, udara, makro, pengiklanan, makanan, sukan, seni, jalanan dan kewartawanan. Setiap genre mempunyai teknik, komposisi, pencahayaan serta pendekatan yang berbeza mengikut subjek dan tujuan fotografi. Pembelajaran ini memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali ciri setiap genre serta memilih teknik yang sesuai bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik, kreatif dan mampu menyampaikan mesej serta cerita dengan lebih berkesan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali